Wednesday, March 13, 2013

Pejam kan mata, Pekak kan telinga..teruskan melangkah

 Tenggelam timbul la entry dalam blog ni kan. nak buat macam mana, tuan nya menaip ikot mood. kadang2 ade idea nak menaip, tp masa xda.kadang2 ketandusan idea, tp banyak pulak masa tu kan..sekarang bila ade masa terluang, banyak buat research untuk diri sendiri. ade la sedikit research peribadi. woootwooot..cm peribadi sangat la tu. hahaha..ade la..ade la..

Tuan blog masih lagi sedang dalam proses mengurangkan keBERATan diri. masih lagi mengira setiap kalori yang akan or telah ditelan..masih lagi mengayuh eleptical bike setiap petang sebelum memasak, minimum kayuhan sehari 5km. kadang mengayuh pagi dan petang bila cuti. alhamdulillah, masih lagi setia angkat dumbel kecik, sit up sikit.. tp rupanya masih banyak lagi lemak2 degil yang sayang nak tinggalkan tuan punye badan..huhuhu. jangan ditanya banyak ke dah turun???? jawapannya adelah ade la turun sikit..haha. well, pandai2 la nilai sendiri bile orang yg jenis makan cam i ni.kdg2 kantoi, makan je..kira kalori ntah betol ke salah. main hentam je walau setia mengira ikot table kalori. yang penting x putus harapan..alhamdulillah, turun sedikit beratnya. akan ku usahakan turun dgn pengawalan kalori dan senaman..insyallah. semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untukku terus berusaha..

Tetap kuatkan lagi semangat sehingga ke detik ni. kadang2 tabah je tahan telinga dengar member seminggu turun 1 kg, tp daku?uhuk2..stgh kg pun x sampai kot..sedey. Tahan mata tengok segala makanan berminyak yang jual kt kantin opis...tahan tu tahan jugak, kadang2 konon2 reward diri, aku beli jugak nasik lemak, bihun goreng, pulut kuning pun ade jual tau..hadoi. Tetap jugak melangkah walau kadang2 perlahan. dengan ayat di minda...xpe turun sedikit, asalkan turun..asalkan sihat..dari asyik menaik je kan..(pandai kan cipta ayat sedapkan hati sendiri..hehe)

Ok, stop di sini dulu..nanti xda isu pulak nak bebel kan..hikhik




...Aku ida

Friday, March 1, 2013

Berhabuk!

 Assalamualaikum....

Hari Jumaat yang indah. penghulu segala hari. berusaha nak bersihkan sawang-sawang yang bersarang kt blog ni...kesian ko blog, sangat menyedihkan.hehehe..Hari ni 1.3.13..baru perasan. cantik je date nih..dedicated to cik ain, ooo..pandai pilih tarikh ye :)

Now tuan blog dalam mood berdiet. sejak dok kl makan sedap je kt kantin HQ. pagi sarapan BERAT, tengahari lunch BERAT..malam dinner BERAT. so badan pun makin memBERAT. Tetibe cam tersedar dari ke'BERAT'an itu.ooooooo...nehi nehi. Syukur di kala dilimpahi dengan makanan yang pelbagai dan melimpah ruah, hati ni terdetik dan terjaga dari terbuai dengan nafsu makan itu. So, dari sehari ke sehari, dikurangkan sedikit demi sedikit nafsu makan tu. just from this week dah mule bersenam secara serius. serius ok...bukan main2.huhuhu...

Alhamdulillah, badan rase lebih sihat dan bertenaga. Pagi tadi dengar kuliah subuh di IKIM. ustaz cakap, kesihatan kita ini adalah kurniaan dari Allah, maka jaga la kurniaan ini dengan sebaiknya..Alhamdulillah syukur atas nikmat sihat yang Allah bagi ini. Akan dicekalkan hati untuk menjaganya dengan sebaik mungkin. Akan ku cuba untuk sihat dan kurus jugak  tanpa bantuan ape-ape produk. DISIPLIN dan SEMANGAT .... chaiyok2

Boleh tak nak post gambo makanan?hahahahaha....Don't worry ni gambo time bulan Januari. di kala belum tersedar dari mimpi yang indah..ceeewah!



Sejak kt penang dok terliur tengok rancangan tv yg dok tayang burger bakar. akhirnya berjaya terjah Burger Bakar Kaw-kaw kt seksyen 2 wangsa maju...boleh la.rega burger paling basic RM7.50..so, yang tinggi2 tu pandai2 la didarab pekali yang sepadan ye utk harganya...


Cream puff jagung..dok terliur tengok kak umi buat, so aku pun google resipi. alhamdulillah berjaya buat dan dapat sambutan hangat kt keluarga kecik. 1st time buat puff cengini. papa suke cik sara pun suke. tp seperti biase, cik sara request xnak filling. nak kosong je. ape2 la sayang..janji kamu suke


Ni menu wajib tiap2 bulan..kadang2 buat bile xtau nak masak ape. kadang2 ikot permintaan en jang. Spageti bolognese..suke yang simple n pekat camni.yang cair n byk sgt menda2 sampingan, kureng suke. ckup just daging kisar dan tomato cincang halus2..nyum2

Ok, cukup la 3 je gambo. bagi penyeri post je..hahaha




...Aku ida

Thursday, January 31, 2013

~ Waktu ~


Sedikit kata-kata di pagi hari....


 "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.".


 # Peruntukkan lah waktu yang diberi kepada kita untuk perkara-perkara yang baik dan tutupkan lah ruang waktu yang ada bagi perkara-perkara yang tidak berfaedah. Peringatan untuk diri sendiri yang kadangkala leka dengan ruang waktu yang ada..







...Aku ida